9/2/2010 Tuesday
Hmmm dah masuk dua minggu aku ditempatkan di Sarawak. Nak tau sebab apa...rasanya tak yah cerita la mesti korang dah tau kan...tgk tajuk pun dah tau....Inilah kali pertama aku akan bergelar guru untuk selama-lamaya. Sebelum ini aku rasa cuma sementara ja..maklum la xterasa sangat, nama pun practikal...mmg rasa mcm sekejap saja..tapi kali ini agaknya dah susah la aku nak tukar title tue..ke mana sahaja pergi pasti orang akan ketahuan punya..x percaya???? Tanya sendiri laa..tempat yang aku mengajar skrg nie merupakan sebuah pekan kecil yang dikenali Roban. tapi aku tak tinggal di situ. aku duduk di daerah saratok.
16/5/2010 sunday
Hari ini sungguh bermakna bagi seseorang yang bergelar guru mahupun cikgu. kepada smua warga pendidik SeLAMAT HaRI GuRU den ucapkan..tak mudah menjadi seorang guru sebenarnya..memang pengorbanan emosi perlu..nie pun aku pelajari dari pengalaman aku yang sedikit nie...masuk nie dah hampir 4 bulan aku memegang title seorang guru..perghh. sungguh mencabar lah profesion nie.. pada aku susah untuk dijangkakan..luar biasa...sangat menakutkan...korang nak tahu kenapa aku cakap gitu..dalam kelas tue bukan sahaja ada engineer, doktor, yang nak dididik..silap ari bulan penjenayah pun ada...tapi dah tugas seorang guru...penjenayah tue la nak dibentuk jadi manusia yang sesempurna mungkin...cabaran sekarang xsama dengan cabaran guru di suatu ketika dulu....kalu dulu murid bukan sahaja sopan bahkan hormat pada guru....takut kalu dengar derap langkah seorang guru...tapi sekarang jangankan rotan, cikgu pegang penyapu pun pelajar buat xreti...malah yang kurang ajar pun ada..rasanya guru kalau masuk kelas terus mengajar ja...abisss kat mana la yang kurang diajar tue...kalu nak senaraikan perangai student leh wat buku eksklusif nie...
hmm..aku nak sambung crite mcm mana aku di negri bumi kenyalang nie...aku berulang alik dari umah ke sekolah dalam 20 minit...mula2 nak lapor diri di sekolah, punya la jauh perjalanan nya..masa tue aku dah rasa eh apa pasal sekolah nie jauh sangat?nape guru2 yang dah kja lama kat cni pilih dok kat saratok bukan di pekan roban?mcm2 la aku pk...last2 terjawab sudah persoalan aku...rupo2nya di kwasan roban tue majoriti kaum adalah iban..jadi agak sukar juga la nak dapatkan makanan yang halal kat sna...kat saratok nie ada pasar so sng la nak membeli belah..misalnya ayam ada org islam kat cni yang bekalkan....
bila kaki aku menapak kat smk kalaka tue...amboih luas tul kawasan dia...mmg nampak luar bandar la...bangnan dia xseperti semenanjung...masih mempunyai struktur berkayu...tapi ada gak yang dah berbatu...mcm makmal, kelas and byk lagi la...ofis nyer still berkayu...
BANJIR YANG LUAR BIASA DI KELANTAN
10 years ago
0 comments:
Post a Comment